Sunday, April 5, 2009

wanita idaman

" WANITA IDAMAN "


Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .

Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .

Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "

JADIKAN AL-QURAN DEKAT DI HATI



Jadikan Al-Quran Dekat di Mata, Lekat di Hati
www.iLuvislam.com
oleh: Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

Allah berfirman, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Kehebatan al-Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia. Namun, masih ramai yang tidak mahu menjadikannya sebagai panduan hidup.

Ikuti temu bual watawan Utusan Malaysia MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, ABD. RAHMAN SALLEH menemu bual pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-hafiz untuk mengupas isu ini.

MEGA: Mengapakah manusia perlukan al-Quran sebagai panduan dalam hidup?

ABDULLAH: Allah sebagai pencipta makhluk termasuk manusia sudah tentu arif dan amat mengetahui apakah keperluan manusia. Sebab itu kita perlu menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan. Manusia yang semata-mata bergantung kepada logik akal tidak semestinya akan betul.

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir Al-Munir, hidayah atau petunjuk Allah ada lima tingkatan. Inilah yang selalu kita baca dalam al-fatihah iaitu ihdinas siratal mustaqim (tunjukilah kami jalan yang lurus).

Pertama, adalah petunjuk naluri yang sama-sama dimiliki oleh manusia dan juga haiwan. Contohnya, apabila lapar, bayi akan menangis.

Kedua, petunjuk perasaan. Contohnya, bayi atau kanak-kanak apabila dimarah mereka akan berkecil hati.

Ketiga, petunjuk akal fikiran. Tetapi ia tidak semestinya betul kerana akal kita tidak dapat menjangkau perkara yang ghaib.

Keempat, petunjuk agama sebagai panduan dengan al-Quran sebagai kitab yang mengandungi petunjuk, cahaya dan hidayah.

Kelima, taufik iaitu supaya kita sentiasa konsisten berada di dalam petunjuk Allah. Dengan taufik ini, graf iman kita akan bertambah dari hari ke hari. Untuk mencapai tahap ini memerlukan kepada ilmu dan penghayatan terutama ilmu bersumberkan al-Quran dan sunah.

Akal manusia ada hadnya di mana kita tidak mampu melihat kenikmatan syurga atau pun azab neraka Allah. Demikian juga aliran elektrik di dalam wayar. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia ada. Sebab itu, tidak mesti benda yang tidak nampak oleh mata kasar itu tidak ada.

MEGA: Apakah ayat-ayat yang boleh diperluaskan kegunaannya dalam berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam?

ABDULLAH: Allah adalah tuhan dan pencipta sekelian alam termasuklah pencipta kepada mereka yang bukan Islam. Cuma bezanya ialah dari segi akidah. Orang Islam berpegang kepada tauhid rububiyah dan uluhiyah.

Rububiyah bermaksud semua makhluk ini ada pencipta dan pemelihara-Nya. Ini mempunyai persamaan dengan agama lain yang juga percaya semua makhluk itu ada penciptanya.

Yang membezakan kita dengan bukan Islam ialah tauhid uluhiyah iaitu sifat Allah yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintah-Nya, ditumpui, dipohonkan mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka.

Dalam berdakwah tidak semestinya kita hanya mengambil ayat-ayat berkaitan akidah. Sebabnya masih banyak lagi ayat Allah yang berkaitan aspek kehidupan dan sosial yang mampu menjangkau sempadan agama.

Antaranya, ayat yang menerangkan interaksi antara pelbagai kaum sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Hujurat: 13.

Dalam bab menjaga alam sekitar pula, kita boleh merujuk kepada surah ar-Rum: 41 yang membicarakan berlakunya pelbagai kerosakan di muka bumi akibat perbuatan manusia. Malangnya, dalam bab menjaga alam sekitar ini adakalanya orang bukan Islam lebih peka berbanding umat Islam.

Dalam bab sembahan orang bukan Islam misalnya, kita juga dilarang mencerca tuhan mereka atau menimbulkan provokasi akidah kepada agama mereka sebagaimana dijelaskan dalam surah al-An’aam: 108.

Untuk mengelak kemalangan jalan raya pula, kita boleh menggunakan surah an-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud, Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu. Ayat ini beserta maksudnya boleh ditampal di tepi lebuh raya untuk memberi peringatan supaya memandu secara berhemah.


MEGA: Ayat-ayat al-Quran digantung di rumah dan kedai bukanlah senario luar biasa di negara kita. Namun, apakah signifikan perbuatan ini kepada umat Islam?

ABDULLAH: Ayat-ayat Allah yang digantung sebagai perhiasan semata-mata tidak akan membawa apa-apa erti jika ia tidak diamalkan dalam kehidupan.

Bagaimanapun, ramai yang salah faham tentang ayat al-Quran dan menggunakannya bagi tujuan materialistik. Sehinggakan sesetengah ayat itu mempunyai nama tertentu.

Contohnya, ayat untuk melepasi sekatan kastam iaitu surah Yasin ayat 9; ayat pengasih (Ali-Imran: 14 & 31); ayat sakit mata (Yusuf: 93 & Qaf: 22); mengubat sakit jantung (Yunus: 57); sakit kepala (al-Waaqiah: 19) dan sakit tulang (Yasin: 78 & 79).

Hal ini berlaku mungkin kerana salah tafsiran maksud perkataan syifa’ dalam surah al-Israk: 82 yang difahami sebagai penyembuh penyakit. Menurut Imam Ibnu Kathir, maksud syifa’ di sini ialah menghilang atau mengubati penyakit hati seperti ragu tentang kewujudan Allah, sifat munafik, syirik atau terpesong daripada kebenaran.

MEGA: Jadi, adakah salah kita menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam kaedah perubatan?

ABDULLAH: Tidak salah kita berubat dengan ayat-ayat Allah tetapi tuntutan yang lebih utama ialah memahami ayat itu mengikut maksud yang sebenar. Al-Quran boleh dijadikan ubat kerana ia mukjizat Allah.

Jika ayat-ayat al-Quran diturunkan semata-mata untuk perubatan fizikal seperti kepercayaan sesetengah orang mengapa Rasulullah dan para sahabatnya bermati-matian berperang untuk mempertahankannya? Sudah pasti ada sesuatu yang lebih penting di sebalik itu.

MEGA: Persoalannya bagaimana menjadikan manusia ketagih membaca al-Quran?

ABDULLAH: Kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Demikianlah ibaratnya kita dengan al-Quran. Nampak macam dekat tetapi sebenarnya al-Quran jauh dari kita.

Kita membaca al-Quran tetapi tidak ramai yang memahami tafsirannya secara betul atau mengenali al-Quran dalam erti kata sebenar. Oleh sebab itulah, Al-Imam Al-Zamakhzyari mengatakan belajar tafsir al-Quran untuk benar-benar memahaminya adalah fardu ain. Hakikatnya, sesiapa yang mendampingi kitab suci ini dalam erti kata memahaminya akan merasai ia sesuatu yang tidak akan habis digali.

Ramai tidak ketagih membaca dan menghayati al-Quran disebabkan kita gagal mencontohi kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Baginda mengamalkan empat cara di dalam membawa al-Quran kepada generasi sahabat iaitu tilawah- membaca secara betul dan bertajwid kepada para sahabat; menafsirkan ayat supaya tidak ada lagi keraguan; menyuruh sahabat mengamal/menghayati ayat tersebut dan menyuruh mereka menghafalnya.

Pendek kata, kombinasi empat perkara ini mampu melahirkan insan yang berperibadi al-Quran.

Kesilapan kita sekarang adalah tumpuan yang berlebihan mempelajari ilmu tajwid sahaja atau mempelajari tafsir tetapi mengabaikan kepentingan tajwid atau menghafal tanpa memahami al-Quran.

MEGA: Sesetengah masjid dan surau menyiarkan bacaan al-Quran melalui pembesar suara. Adakah ini bertepatan dengan ajaran Islam?

ABDULLAH: Memang pada mata kasar manusia yang dangkal ilmunya perbuatan sedemikian tidak salah. Namun, kalam Allah itu tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.

Sebenarnya ini adalah satu lagi kesilapan berinteraksi dengan al-Quran akibat kejahilan. Allah menegaskan dalam firman-Nya, Dan apabila al-Quran itu dibacakan maka dengarlah serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat. (al-A’raaf: 204).

Perkataan dengarlah dalam ayat ini bermaksud mendengar dengan penuh perhatian.

Ibnu Jauzi dalam bukunya, Talbis Iblis (Belitan/Tipuan iblis) menyifatkan di antara orang yang ditipu oleh iblis ialah sesetengah orang yang memperdengarkan bacaan al-Quran di menara masjid pada waktu malam dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang tidur.

Situasi yang sama boleh dikaitkan dengan penggunaan pembesar suara. Perbuatan begini sudah pasti menganggu masyarakat sekeliling yang sedang beristirehat, juga menjadi provokasi kepada bukan Islam. Provokasi dilarang sebagai dalam ayat 108 surah al-An’aam di atas.

Tambah buruk lagi ia mengakibatkan orang bukan Islam mengutuk al-Quran sebagaimana yang berlaku pada zaman Nabi yang membawa kepada penurunan ayat 110 surah al-Israk.

Selain itu, pastinya kita tidak dapat menjamin masyarakat sekeliling akan diam mendengar ayat-ayat Allah yang diperdengarkan itu. Akibatnya, niat yang nampaknya baik bertukar menghina al-Quran itu sendiri.

wARna KasIH BuaT IbuKU


Ibu,
Disebalik gelaran itu,
Tersimpan suatu rahsia
Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu


Ibu,
Izinkanlah aku bercerita tentang
Suka duka bersamamu...
Terlalu banyak kisah-kisah yang
Telah kulalui bersamamu.

Ibu,
segala-galanya tidak akan luput dari
Ingatanku sama sekali...

Ibu,
kau begitu istimewa
Segala jasa dan pengorbananmu
Akan kukenang
Sepanjang hayatku...

Ibu,
Tidak ternilai kasih sayang mu
mendidik dan menjagaku
Agar aku menjadi insan
yang bijak dan berguna...

Ibu,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana aku telah dipertemukan
dengan insan
sepertimu...
Kaulah insan yang bergelar ibu..
Kau juga yang ku anggap sebagai
sumber inspirasiku

Ibu,
Aku berjanji pada diriku
Untuk menunaikan tanggungjawabku
Untuk membalas budi dan jasamu
Agar kau senang dan gembira

Ibu,
Ampunkan segala dosaku
Jika ada kesalahan
Yang aku lakukan
Sehingga akhir hayatku

Ibu,
Aku berdoa pada Ilahi
Agar ibu diberkati selalu
Supaya kau ditempatkan di syurga
Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...

SurAT buAT TemAN

kepada: sahabat-sahabiah

Assalamualaikum Sahabat sahabiah ana yang dirahmati Allah..


dah beberapa semester kita bersama.. jadi, sebelum mata terpejam meninggalkan lafaz yang tersimpan, ada baiknya ana reveal kan benda ni.. Ketahuilah! Kekuatan muslim itu boleh diklasifikasikan kepada 3:
1. kekuatan iman
2. kekuatan ukhwah
3. kekuatan fizikal

Kita selalu berusaha dan mencari kekuatan yang ke3 (ketenteraan, material, fizikal) untuk menentang musuh islam.. tanpa kita sedari sebenarnya kekuatan yg ke3 itu hanya akan diperoleh apabila telah kita capai 2 kekuatan utama yang sebelumnya.

=kekuatan iman=

Sedarkah ana, antum, antunna? kita slalu bergelak tawa, berehat rileks, berstudy belajar.. tapi dalam masa yg sama kita kata kita nak perangi musuh islam.. bila kita dengar kes lina joy, kita marah. bila dengar bush wat ape2, kita geram. bila dgr israel wat itu ini, kita xpuas ati.. tapi cukupkah sekadar itu? bila kita baca baru nak terasa.. pastu kita sambung kehidupan kita dengan gelak ketawa lagi, happy go lucky, dan macam2.. Di mana kekuatan iman kita? adakah hanya pada solat, puasa, pergi masjid, belajar? xdinafikan itu semua betul.. tapi, di mana keimanan kita pada ayat2 alquran yg menyuruh kita berjihad? dengar perkataan JIHAD tu pun dah ada yg xsedap badan.. di mana keimanan kita bahawa REZEKI tu di tangan Allah? rezeki bukan pada kerajaan sehingga kita takut utk berdakwah.. gaji? posting? tu semua yg KITA takut kan? abis, di mana keimanan kita yg selalu kita kata Allah adalah penentu segalanya kalau dgn ancaman sebegitu kecil pun kita dh lemah? ..sebenarnya kita terlalu selesa..

Sedarlah.. pejuang palestin dan pejuang islam yg laen langsung xmakan gaji, langsung xde tempat berteduh yg selesa, langsung xde mase utk bergelak ketawa rileks2.. sedangkn kita, Allah dah kurniakan nikmat kesenangan dan keamanan macam2, nape kita terlalu kecut? camni ke cara kita bersyukur? dgn membiarkn tanah islam, saudara2 islam kita di sana? kubur sendiri2, watpe nak peduli org laen? camtu ker?

=kekuatan ukhwah=

Menyentuh kepada kekuatan yg ke2, kekuatan ukhwah.. sepanjang perkenalan kita, ana percaya, rata2 drp kita sering sebut, inilah ukhwah kita, jaga ukhwah, bestnya ukhwah kita, ukhwah abadan abada n mcm2 lagi.. hinggakan ade yg kate kita asobiyah, kita kate ukhwah kite mantap.. memang ukhwah kita mantap.. tapi, cube renungkan.. berapa mantap ukhwah kita? atas apa ukhwah kita? ukhwah fillah? ukhwah yg terbina utk perjuangkan agamaNya? tidak.. langsung tidak.. sebenarnya ukhwah kita hanya kerana kita sekelas, kerana kita 1 perjuangan, yang mana perjuangan tu hanya dalam menuntut ilmu.. ana x nafikan memang ukhwah kita sekarang manis. ana pun suka.. TAPI! kalo dengan hanya ukhwah camni, kita xkn capai kekuatan yg kita impikan.. kekuatan utk menentang musuh2 kita.. sedar x siapa musuh2 kita? ke x sedar? kalo dengan hanya ukhwah camni, maybe bolehlah dalam 6 7 tahun.. pas kita dapat kerja, pe jadi? sebab ukhwah kita hanya kerana setempat dan kecil sahaja iaitu sebagai student..

kekuatan ukhwah yg sebenar, terbina di atas kefahaman islam dalam diri kita dan KEFAHAMAN TENTANG UKHWAH SERTA KEPENTINGANNYA dalam diri kita.. kefahaman islam - sejauh mana kita fahami tuntutan dalam islam tu, termasuklah dalam memperjuangkannya, dalam berjemaahnya.. Kefahaman ukhwah - atas ape ia terbina? iaitu atas 1 keimanan yg sama.. atas 1 matlamat yg sama yang kita USAHAKAN, bukan hanya berdiam diri.. atas 1 perjuangan yg sama, yang tersusun teratur manhaj dan strateginya. Atas 1 FIKRAH yg sama.. kefahaman tentang kepentingan ukhwah - ape itu ukhwah yg sebenar? mengapa perlu ada ukhwah antara kita?

Sahabat2.. andai ukhwah kita hanya kerana kita student, 1 ari kita akan grduate.. andai ukhwah kita kerana kita nak kerja, kita akan bersara.. andai ukhwah kita kerana kita manusia, kita akan mati.. TAPI ANDAI UKHWAH KITA KERANA KITA PERJUANGKAN ISLAM, ia akan berkekalan hingga ke akhirat sana insyaAllah.. hasil ukhwah kita ni akan terbina dan terlahir lagi ramai generasi pejuang yg akan meneruskan perjuangan kita walaupun kita telah pergi.. ukhwah kita akan turut bersama dgn para pejuang yg seterusnya.. Dengan kekuatan ukhwah yg sebenar inilah, musuh2 kita akan gentar.. umat2 islam xkan lg seperti buih2 di lautan.. tiba lah masa kebangkitan islam yg dinanti2.. dengan kesatuan umat islam, zaman kegemilangannya akan kmbali..

namun, itu semua adalah mustahil andai antum, ana, kita, trus leka dgn masa muda kita.. Sedarlah.. pilihan sebenar kita hanyalah..... “imma syahadah au imma saadah”

Renungkanlah maksud ayat 24 surah at-taubah ini..

Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

(harap anta, antuma, antum, anti, antuma, antunna, sedar akan kewajipan memperjuangkan islam ini dan sedar akan kepentingan ukhwah (berjemaah) yg ana nyatakan. Tolong contact ana utk segala persoalan dan perbincangan yg seterusnya.. semoga Allah membukakan hati2 kita.. ameen..)

yang benar,
sahabatmu

Tuesday, February 24, 2009

!!!

wat mase time ni ana x de mase nak edit blog jadi please wait...